Dalam kerancakan suasana 'pemboikotan' .....apa yang kamu fahami???
Hari-hari kita dipaparkan dengan ketidakadilan yang berlaku di Falasteen...
Gambaran visual yang saban waktu sejak bertahun2 yang lampau buat kesekian waktunya terpapar di dada2 akhbar kini menjadi perhatian dunia..Adakah kita sekadar mengikut arus kerancakannya?..tepuk dada tanya iman....
Hikmahnya pihak2 yang selama ini secara sungguh2nya berbuat sesuatu..mampu mendekati masyarakat yang akhirnya terjaga dari lena...betapa kuat dan hingarnya letupan di sana...
Di Luar Lingkaran: Bagaimana watak 'Superman' menakluki dunia
20 Safar 1430~Ahad, 15 Februari 2009(BH)Oleh Johan Jaaffar
zulujj@time.net.my
Muslihat Yahudi gunakan budaya popular secara berkesan
DALAM akhbar ini minggu lalu, seorang penyanyi terkenal Faizal Tahir membuat kenyataan bahawa beliau tidak menyedari asal watak Superman. Faizal menggunakan imej itu sebagai sebahagian daripada gimik persembahannya. Superman sebenarnya merupakan ciptaan dua orang anak muda Yahudi pada tahun 30-an, Jerry Siegel dan Joseph Schuster. Siegel dilahirkan di Cleveland, Amerika Syarikat (AS) sementara Schuster di Kanada pada tahun 1914. Mereka menjadi kawan sekolah di Glenville High School (AS). Di sanalah mereka mula menghasilkan karya bersama: Siegel menulis dialog sementara Shuster melukis. Pada tahun 1934, Siegel mendapat ilham untuk memulakan cerita seorang bayi dari planet yang lain yang dihantar ke bumi. Bayi itu menjadi Clark Kent, yang bekerja dengan syarikat akhbar Daily Planet. Tetapi Kent bukan sebarangan manusia. Beliau sebenarnya mempunyai kuasa luar biasa.
Komik sebenarnya baru lahir di AS pada masa itu. Menurut buku Jews and American Comics: An illustrated History of an American Art Form, komik tercipta pada tahun 1933 oleh Charlie Ginsburg, seorang guru separuh masa. Komik dan kemudiannya novel grafik menjadi wahana penting dalam mengartikulasikan sikap dan pendirian seniman Yahudi di AS. Memang bukan rahsia, selain Superman, watak komik terkemuka seperti Batman, X-Men dan Spiderman juga dihasilkan oleh artis-artis Yahudi. Tetapi tidak ada watak lain yang begitu besar kesannya berbanding Superman.
Pada waktu Superman lahir, AS berada dalam zaman kemelesetan yang teruk. Jutaan manusia hilang pekerjaan. Pada masa yang sama sentimen anti-Yahudi begitu meluas di AS. Malah tahun-tahun 30-an itu dikatakan dekad anti-Semitism yang paling hebat dalam sejarah negara itu. Penyokong Nazi menggunakan gerakan German-American Bund untuk mendedahkan "perilaku" Yahudi. Beberapa orang tokoh terkemuka Kristian juga mengecam kaum Yahudi. Kaum Yahudi dihalang dari menyertai banyak persatuan, kelab malah dikurangkan kemasukan ke universiti-universiti ternama. Sentimen yang sama membara di Eropah terutamanya di Jerman. Adolph Hilter baru sahaja berkuasa. Hitler sedang melaksanakan dasar mengenal pasti kaum Yahudi dan menyalahkan mereka kerana penguasaan mereka dalam pelbagai bidang - khususnya ekonomi di Eropah. Pelaksanaan "penyelesaian terakhir" Hitler ialah dengan membunuh lebih enam juta Yahudi sewaktu Perang Dunia Kedua, peristiwa yang dikenal sebagai Holocaust.
Penanggungan kaum Yahudi inilah yang membetik hasrat Siegel dan Shuster untuk memberikan suntikan semangat secara halus. Superman digambarkan mempunyai dua personaliti, seorang pemberita yang lemah lembut dan pemalu dan yang satu lagi, manusia besi yang boleh menahan peluru dan terbang ke mana sahaja bagi menyelamatkan manusia di mayapada. Seperti kaum Yahudi yang berhijrah ke AS, Superman juga pendatang. Malah sewaktu Perang Dunia Kedua, Superman juga menjadi askar, sesuai dengan hasrat untuk menunjukkan kaum Yahudi AS juga sama patriotiknya dengan kaum-kaum lain.
Kita tidak tahu apakah kaitan Yahudi pada Superman ini secara sengaja disedari oleh Siegel dan Shuster. Sudah pasti mereka sedar apa yang berlaku di Jerman dan prasangka terhadap kaum mereka di AS sendiri. Ironinya konsep "Superman" (manusia luar biasa) dimulakan oleh seorang ahli falsafah Jerman bernama Friedrich Wilhelm Nietzsche (1844 - 1900). Beliaulah yang memperkenalkan "Supermensch" dalam bahasa Jerman. Superman dalam bentuk komik itu mengetengahkan sifat-sifat keluarbiasaan yang bukan sahaja memancarkan kekuatan dan kehebatan tetapi juga kecerdikan, tetapi rendah diri dan jujur.
Apakah Superman seorang Yahudi? Ini isu yang sebenarnya telah banyak dibincangkan sebelum ini. Malah sejak tahun 1940 lagi, Menteri Propaganda Adolph Hitler yang berpengaruh bernama Josef Goebbels dalam akhbar Das Schwarze Korps, lidah rasmi Pertubuhan Nazi, mengisytiharkan Superman sebenarnya Yahudi. Beliau menyedari pengaruh komik itu ke atas masyarakat dunia. Bagi Goebbels Superman ialah "alter ego" Yahudi yang berbahaya.
Tahun ini genaplah 75 tahun lahirnya Superman. Orang tidak lagi sedar dari mana asalnya Superman. Watak ini menjadi ikon berbilion manusia di dunia, khususnya kanak-kanak. Superman ialah penyelamat manusia kerdil dan tertindas. Kita menerima wira Yahudi yang menjadi All-American Hero sebagai wira kita juga. Tidak ada salahnya menerima wira seperti ini kerana ia menjadi sebahagian dari budaya popular. Malah tidak ada salahnya memakai pakaian Superman atau seperti Faizal Tahir, menjadikan watak itu identiti persembahannya. Tetapi matlamat dan misi ciptaan seperti ini harus difahami dengan jelas.
Orang Yahudi tidak ramai di dunia ini, mungkin 14 juta orang sahaja. Tetapi mereka bangsa yang cerdik dan berpengaruh. Pengalaman kaum mereka di Jerman mengajar mereka makna survival. Seperti tulisan saya mengenai Sinema Holocaust dua minggu lalu, mereka menggunakan filem sebagai wadah penting mengingatkan rasa bersalah Jerman dan dunia pada mereka. Sentimen anti-Yahudi di AS menggerakkan mereka untuk mewujudkan gerakan lobi yang paling ditakuti di negara itu, Israel Public Affairs Committee (AIPAC).
Dalam rencana saya di dalam halaman ini pada 22 Jun 2003 ("Mencari Rahsia Kekuatan Yahudi") saya menyentuh tentang penguasaan kaum Yahudi dalam pelbagai bidang. Dalam dunia sastera mereka menggunakan kuasa pengkritik dan industri buku bagi "mengasingkan" orang lain. Pendedahan yang dibuat oleh Richard Kostelanetz dalam bukunya The End of Intelligent Writing: Literary Politics in America yang terbit pada tahun 1973 patut sangat dibaca.
Pada tahun 1973 juga, Paul Finley, bekas ahli Dewan Senat AS, menulis buku They Dare To Speak Out: People and Institutions Confronting Israel's Lobby yang mendedahkan bagaimana takutnya ahli politik AS dengan lobi Yahudi. Malah bukan rahsia lagi, sesiapapun yang ingin menjadi Presiden AS - termasuk Barack Obama - harus mendapat sokongan atau endorsement dari gerakan lobi Yahudi di AS.
Semua ini mungkin kerana kaum Yahudi menguasai media, budaya popular selain sistem perbankan dan gerakan NGO yang berpengaruh. Banyak orang memandang remeh pengaruh budaya popular terhadap pembentukan minda. Tetapi seperti apa yang berlaku pada watak komik Superman, pengaruhnya cukup besar dan berpanjangan.
Hari ini anak-anak Muslim mengutuk rejim Yahudi kerana menyerang Gaza. Mereka membawa sepanduk anti-Israel dan anti-Yahudi. Dada mereka membara dengan kemarahan. Pada waktu yang sama mereka memakai baju-T bertulis 'Superman' wira yang dicipta untuk membuktikan keperkasaan kaum Yahudi.
FAKTA
nota kaki: Sudah terang lagi bersuluh..tepuk dada tanya iman..kamu akan mendapat kekuatan untuk melalui hari2 yang di kelilingi bayangan produk serta perang saraf dari golongan Yahudi & Nasrani dengan meletakkan rasa penuh tawakkal dan yakin dengan janji Allah...pergantungan total kepada Allah semata...
1 comment:
salam ziarah yana, sudah lama tak nampak updatenya. tak sangka ye, bermacam helah yang digunakan oleh yahudi laknatullah. mari sama2 menuju kebangkitkan Islam.. Takbir, Allahuakbar!
Post a Comment